Kelantan wujudkan kawasan pemeliharaan, penjagaan haiwan liar elak konflik dengan manusia

Kelantan wujudkan kawasan pemeliharaan, penjagaan haiwan liar elak konflik dengan manusia

MOHAMED Fadzli Hassan-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sudah mewujudkan kawasan pemeliharaan dan penjagaan haiwan liar bagi mengurangkan konflik dengan manusia sebagaimana yang berlaku ketika ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha itu mendapat kerjasama erat daripada pengusaha ladang.

“Bagi memperkemaskan lagi usaha ini, kita (Kerajaan Negeri) sudah sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam menangani ancaman haiwan liar di Kelantan.

“Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Hilmi Abdullah,” katanya  kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, kerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi berkaitan turut dijalankan dalam mengatasi masalah tersebut.

Katanya, penduduk yang terkesan dengan serangan haiwan liar itu boleh mengemukakan laporan berkaitan untuk diteliti oleh jawatankuasa sebelum sebarang tindakan diambil.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, masyarakat Orang Asli di Kampung Mendrod, Pos Brooke di sini, kembali dihantui ketakutan selepas penempatan mereka diserang gajah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, kumpulan gajah tersebut mencabut dan mengopak dinding rumah buluh serta merosakkan barangan milik penduduk.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya