Kehilangan warga emas terus jadi persoalan

Kehilangan warga emas terus jadi persoalan

KERJA-KERJA Mencari dan Menyelamat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Jalan Kluang-Kluang giat dijalankan pasukan penyelamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Ke mana dia pergi? Itulah persoalan bermain operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dalam usaha mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17 Kahang di sini lima hari lalu. 

Misi SAR diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd. Azmi Husin dan dianggotai tujuh pegawai serta 58 anggota pelbagai pasukan penyelamat termasuk beberapa ekor anjing pengesan itu seolah-olah buntu kerana masih belum menemui apa-apa petunjuk untuk membawa kepada penemuan lelaki warga emas berusia 73 tahun itu. 

Malah pencarian memasuki hari ke lima kehilangan Lee Siew Hat berusia 73 tahun yang tinggal di Taman Kahang Baru di Kahang itu turut diperluaskan lagi ke lokasi baharu di zon 6 iaitu kawasan sekitar FELCRA Kampung Sedohok.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penugasan melibatkan kekuatan tujuh pegawai dan 58 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kluang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kluang serta Bomba Sukarela Kahang. 

Katanya, operasi hari ke empat semalam ditangguhkan pada pukul 6.10 petang dan akan disambung semula hari ini pada pukul 9.00 pagi.

Rentetan kehilangan lelaki warga emas itu bermula selepas lelaki warga emas itu memasuki kebun kelapa sawitnya pukul 9.12 pagi pada Rabu sebelum keluar semula kira-kira dua jam kemudiannya. 

Lelaki itu juga sempat menghubungi isterinya melalui panggilan telefon yang menyatakan dirinya terjatuh daripada motosikal namun tidak dinyatakan lokasi sebelum hilang tanpa dapat dikesan. 

“Diharapkan lelaki itu dapat ditemui dalam keadaan selamat walaupun sudah lima hari kehilangannya dilaporkan. 

“Kesukaran mengesan kedudukannya berikutan kawasan kebun dan ladang di kawasan tanaman kelapa sawit itu terlalu luas selain mempunyai banyak lorong atau laluan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya