Kebun sawit banjir akibat ban pecah di Pasir Salak

Kebun sawit banjir akibat ban pecah di Pasir Salak

PENDUDUK menunjukkan keadaan ban pecah menyebabkan air Sungai Kinta memasuki kebun kelapa sawit mereka ketika tinjauan di Kampung Permatang Pelandok di Pasir Salak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Pekebun sawit di Kampung Permatang Pelandok dekat sini mengalami kerugian apabila kawasan tanaman mereka dipenuhi air akibat limpahan dari Sungai Kinta disebabkan ban pecah.

Kawasan yang terjejas akibat limpahan air sungai dianggarkan seluas 2,000 ekar yang diusahakan 25 pemilik kebun.

Ketua Kampung Permatang Pelandok, Kamarul Zaman Kamaruddin berkata, kejadian ban pecah di kampung itu berlaku sejak Oktober lalu menyebabkan mereka tidak dapat mengeluarkan hasil kebun seperti biasa.

Menurutnya, air yang memasuki kebun sawit lambat surut kerana limpahan air dari Sungai Kinta berikutan musim hujan ketika ini dan mereka bimbang pokok sawit akan rosak jika lama terendam dalam air.

“Kebun kami dipenuhi air akibat ban pecah sejak Oktober lalu dan musim tengkujuh memburukkan lagi keadaan apabila air yang bertakung tidak surut walaupun sudah berbulan-bulan.

“Ini menyebabkan kami tidak dapat mengeluarkan hasil kebun. Kalau dapat mengait buah pun tidak banyak seperti biasa kerana sukar untuk dibawa keluar kerana kawasan ini dipenuhi air.

“Kami berharap pihak yang berkenaan melibat keadaan ban yang pecah supaya air sungai tidak terus mengalir ke dalam kawasan kebun sawit kami,” katanya.

Menurutnya, selain kelapa sawit, tanaman lain terutama durian juga rosak akibat lama terendam dalam air dan jika keadaan itu berterusan, lebih banyak kawasan akan dinaiki air.

“Kami berharap ban pecah ini segera diperbaiki dan dibina ban yang lebih kukuh, supaya tidak mudah pecah seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya