KDN perluas AI di semua agensinya bermula tahun ini - Saifuddin

KDN perluas AI di semua agensinya bermula tahun ini – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua agensi dan jabatannya secara berperingkat bermula tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan mengumumkan perkara itu secara bertahap dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, teknologi AI bukan perkara baharu di KDN, malah ia telah dilaksanakan terutama di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor.

“Malah, teknologi sama turut dimulakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2 pada awal bulan ini bagi mengatasi kesesakan di pintu masuk udara itu.

“Saya ingin jelaskan bahawa perubahan (AI) yang ingin kita buat mesti berasaskan data dan kita akan kumpulkan semua data.

“AI cuma alat tapi yang menggerakkan enjin kepada AI adalah minyak (data). Justeru, yang menjadikan AI itu berkesan, ia mesti dimasukkan data,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutup Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25) di sini, hari ini.

Katanya, agensi di bawah KDN ‘kaya’ dengan pelbagai data termasuk data kependudukan dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta data jenayah dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saifuddin berkata, beliau percaya teknologi AI dapat menyelesaikan isu keselamatan dan kawalan sempadan dengan lebih pantas, cekap, selamat dan efektif.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, beliau menyambut baik gesaan dibuat Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanfaatkan spektrum khusus 5G.

“Saya telah mengadakan beberapa siri perbincangan awal dengan Fahmi dan saya gembira dia (beliau) lontarkan juga untuk itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya