Kanak-kanak jatuh anak sungai ditemukan lemas

Kanak-kanak jatuh anak sungai ditemukan lemas

MAYAT mangsa yang selepas ditemukan lemas di Jalan Beris Lalang, Kampung Mujur, Bachok, Kelantan hari ini-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang kanak-kanak ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam kawasan anak sungai semasa memancing bersama adiknya di Jalan Beris Lalang, Kampung Mujur, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia tujuh tahun dijumpai di dalam pembetung iaitu kira-kira 4.5 meter daripada tempat dia terjatuh.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Abdul Rashid Abd.Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.02 pagi dan terus ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati mangsa sudah sejam terjatuh ke sungai ketika sedang memancing bersama adiknya yang berusia enam tahun dan seorang rakan berumur sembilan tahun.

“Siasatan mendapati, mangsa jatuh pada ketinggian 2.4 meter ke dalam sungai sebelum rakannya cuba menghulur tangan, namun tidak sampai kerana terlalu tinggi.

“Mangsa kemudian dihanyutkan arus dan terperangkap dalam pembetung sebelum ditemui oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) selepas melakukan selaman selama 10 minit semasa tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Abdul Rashid memberitahu, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya