Kanak-kanak autisme hilang ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak autisme hilang ditemukan lemas

SITI Nor Salawati Saad (dua kanan) berada di lokasi mayat Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle ditemukan di tebing Sungai Kedah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang semalam ditemukan meninggal dunia dipercayai lemas dan mayatnya dijumpai di tebing Sungai Kedah kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tunku Tabor, Jalan Gangsa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, mayat Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle, 7, ditemukan oleh anggota polis yang melakukan pencarian di sungai itu pada 8.12 pagi.

“Mayat mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari rumahnya apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar membuat pencarian menaiki bot bermula pukul 7.45 pagi tadi.

“Mangsa ditemukan apabila anggota polis ternampak tangannya di tebing Sungai Kedah. Kita percaya mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut namun siasatan masih dijalankan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, polis menerima laporan kehilangan mangsa pada pukul 4.30 petang semalam.

“Anggota dari IPD Kota Setar giat mengesan mangsa pada pukul 6 petang dengan pencarian awal di kawasan daratan dan pesisiran Sungai Kedah. Kita juga menggunakan khidmat anjing K9 yang mengesan mangsa di kawasan sungai tersebut.

“Hasil siasatan awal menemukan pakaian dan lampin mangsa terletak di tepi longkang tidak jauh daripada rumah keluarganya,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya