KADA mahu kerja pembaikan benteng di rumah pam Kemubu siap April ini

KADA mahu kerja pembaikan benteng di rumah pam Kemubu siap April ini

KHALID Samad (tengah) menyerahkan kit pertanian bandar kepada warga KADA selepas Majlis Amanah Tahun Baharu KADA 2025 di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu kerja-kerja pembaikan benteng sementara ‘sheetpile’ berhampiran rumah pam milik agensi itu di Ketereh dekat sini, siap sepenuhnya pada April ini.

Pengerusinya Khalid Abdul Samad berkata, pembinaan itu mampu menyelesaikan masalah gangguan bekalan air pada musim kemarau sekali gus membolehkan padi di kawasan Kota Bharu dan Bachok seluas 17,000 hektar kembali ditanam mengikut jadual.

Menurutnya, ketika ini kerja-kerja reka bentuk sudah hampir siap namun memerlukan kerjasama dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam melaksanakan proses ini.

“Dalam mesyuarat bersama kerajaan negeri tempoh hari yang dihadiri oleh wakil JPS, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi (Datuk Tuan Saripudin Tuan Ismail) telah minta kita (KADA) memuktamadkan perkara itu seterusnya kemuka kepada kerajaan (Kelantan).

“Dengan persetujuan JPS dan kerajaan negeri, maka kerja-kerja itu akan dimulakan. Jadi kita harap siap sebelum April. Ini merupakan alternatif terbaik KADA dalam menyelesaikan masalah bekalan air di musim kemarau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanah Tahun Baharu KADA 2025 di sini hari ini.

Khalid memberitahu, beliau berharap persetujuan dapat diperoleh sebelum Februari dan pelaksanaan kerja-kerja dapat dimulakan dengan kadar segara.

Katanya, semasa  benteng sementara ini runtuh, rumah KADA di Kemubu gagal berfungsi kerana paras air terlalu rendah.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan Kelantan memberi jaminan akan membantu KADA mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh pesawah dengan menyiapkan Sistem Pam Kemubu dan Lemal menggunakan peruntukan RM20 juta sebagaimana yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan kepada agensi pertanian itu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya