JPN laksana proogram atasi keciciran calon SPM 2024

JPN laksana Program Demi Selangor atasi keciciran calon SPM 2024

SPM Selangor
JAFRI Abu ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas melawat dan menyantuni 342 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 yang menduduki peperiksaan SPM 2024, di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor laksana Program Demi Selangor bagi memastikan kesemua 73,899 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 hadir menduduki peperiksaan itu bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Dr. Jafri Abu berkata, langkah tersebut memastikan kesemua calon menduduki peperiksaan pada tahun ini termasuk usaha mengesan dan menyantuni kesemua calon.

“Dari segi keciciran, kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan semua calon menduduki peperiksaan dan kita di peringkat JPN Selangor mengadakan satu program khas iaitu Program Demi Selangor yang mana kita menyasarkan satu pentadbir satu murid.

“(Selain itu) Terutama kerjasama masyarakat dan juga PIBG untuk membantu anak-anak hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan SPM. Kita cuba pastikan dengan apa kaedah sekali pun, kalau kita dapat mengenal pasti dan menghubunginya, kita akan mengusahakan dengan kaedah (menjemput pelajar di rumah),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, selain program tersebut, JPN Selangor turut membuat pengesanan calon-calon dengan pelbagai kaedah lain seperti Cakna Prihatin, hebahan Jom Hadir ke SPM dan sebagainya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 1,724 calon tidak hadir peperiksaan pada SPM 2023, namun jumlah tersebut menurun berbanding 2022 yang melibatkan 2,387 pelajar tidak hadir.

Bagaimanapun, ketidakhadiran tersebut dikenalpasti berdasarkan status pelajar seperti berhenti sekolah, kemalangan, meninggal dunia, atau berada dalam tahanan polis atau penjara.

Jelasnya, terdapat 494 pusat peperiksaan di 410 sekolah di seluruh negeri dan tiada sekolah di Selangor dikategorikan sebagai pedalaman.

“Kita tak ada kawasan pedalaman, tetapi ada luar bandar. Untuk sekolah menengah, terdapat 12 sekolah yang terletak di luar bandar, yang lain semuanya di bandar dan pinggir bandar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya