JPJ keluarkan surat tawaran kepada syarikat pembekal kamera badan Ogos atau September depan

JPJ keluarkan surat tawaran kepada syarikat pembekal kamera badan Ogos atau September depan

AEDY Fadly Ramli (tiga kiri) menyampaikan surat penghargana kepada pengamal media sempena Perhimpunan Setia Khas JPJ Negeri Kelantan di pekarangan parkir awam JPJ Kelantan, Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka akan mengeluarkan
surat tawaran kepada syarikat yang terpilih untuk membekalkan peralatan dan teknologi kamera badan kepada anggota penguat agensi itu pada Ogos atau September depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, surat itu akan dikeluarkan selepas proses perolehan diselesaikan.

Menurutnya, proses perancangan sedang dilakukan ketika ini dan ia mengambil sedikit masa.

“Tidak semua unit di JPJ akan memperoleh dan menggunakan kamera badan kerana terdapat pelbagai kekangan termasuk aspek kewangan yang perlu diambil kira.

“Banyak projek lain yang telah dilaksanakan oleh JPJ dan penggunaan teknologi kamera badan merupakan salah satu daripadanya. Proses itu sedang berjalan dan ia akan mengambil masa,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Setia Khas JPJ Negeri Kelantan di pekarangan parkir awam JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, anggota penguat kuasa JPJ dijangka menggunakan peranti kamera badan bermula tahun ini untuk meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penguatkuasaan khu­susnya me­libatkan kende­raan berat.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly memberitahu, satu operasi standard (SOP) atau peraturan mengenai penggunaan kamera badan untuk anggota JPJ sedang dibangunkan ketika ini.

Katanya SOP itu akan ditetapkan kepada anggota atau pegawai yang akan mengendalikan teknologi tersebut selepas ini.

“Ada SOP tertentu diperkenalkan selepas ini. Ia sedang dibangunkan oleh Bahagian Penguatkuasaan JPJ.

“Buat masa ini, penerapan nilai integriti terhadap pegawai dan anggota JPJ tetap berjalan seperti biasa,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya