‘Jho Low campak Najib bawah bas’ - Utusan Malaysia

‘Jho Low campak Najib bawah bas’

NAJIN TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekitar April 2015, rakan kepada keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho telah memberi wawancara kepada wartawan sebuah portal, Euromoney antara lainnya menyentuh isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam wawancara itu, lelaki yang Najib harapkan untuk membawa keuntungan yang banyak kepada Malaysia secara tidak langsung telah meletakkan kesalahan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Mohamad Mustaffa: Saya katakan berdasarkan keterangan ini, Jho Low sebenarnya telah campak Datuk Seri ke bawah bas?
Najib: Tak setuju.

Mohamad Mustaffa: Saya katakan Datuk Seri tak tahu dari mana wang yang masuk dalam akaun Datuk Seri tetapi Datuk Seri tahu bagaimana hendak membelanjakannya.
Najib: Duit tu datangnya dari Arab Saudi, duit dari Raja Abdullah. Pengetahuan saya adalah setakat itu.

Mohamad Mustaffa: Saya katakan, Jho Low adalah imej cermin (mirror) imej Datuk Seri dalam menjalankan urusan dalam 1MDB.
Najib, Tidak, tidak tidak. Saya tak setuju.

Rabu lalu, Najib ketika disoal balas menyatakan, walaupun telah mendengar yang mengaitkan Jho Low dengan penyelewengan dana 1MDB, beliau masih lagi menggunakan `khidmat’ lelaki berasal dari Pulau Pinang itu atas alasan ingin ingin menggunakan hubungan baik ahli perniagaan itu dengan China.

Jho Low dalam artikel Euromoney antara lain dilaporkan berkata: “Adakah anda memberitahu saya (Jho Low), perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri? Bahawa kementerian, menteri kewangan, yang merupakan perdana menteri dan terdapat hanya dua hingga tiga orang di kementerian kewangan yang menandatangani resolusi pemegang saham di bawah undang-undang hanya menandatangani tanpa menilainya?”

“Adakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab membuat keputusan (di 1MDB) tiba-tiba memutuskan untuk melepaskan semua tanggungjawab mereka dan kemudian mencipta kempen PR ini dengan saya (Jho Low) sebagai tumpuannya?”

Pada prosiding hari ini, Najib mengulangi kenyataan sama ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam.

Mohamad Mustaffa: Saya katakan, walaupun Datuk Seri kata Datuk Seri ada rasa ragu-ragu curiga dengan Jho Low sekitar 2015, Datuk Seri masih lagi gunakan khidmatnya.
Najib: Sebab ada matlamat yang perlu dicapai.

Mohamad Mustaffa: Saya katakan, walaupun Datuk Seri kata Datuk Seri ada rasa ragu-ragu curiga dengan Jho Low sekitar 2015, Datuk Seri tak ambil sebarang tindakan terhadapnya.
Najib: Saya serahkan kepada agensi untuk menyiasat.

Mohamad Mustaffa: Datuk Seri sepatutnya menjauhkan diri daripada Jho Low terutamanya apabila berita tidak elok Jho Low tersebar atau selepas Pengerusi The Edge, Tan Sri Tong Kooi Ong memberitahu Datuk Seri mengenai Jho Low dan mengambil tindakan terhadap Jho Low.
Najib: Tidak setuju.

Mohamad Mustafa: Tindakan Datuk Seri tidak menjauhkan diri daripada Jho Low juga adalah satu pelanggaran Kod Etika Anggota-Anggota Pentadbiran.
Najib: TIdak setuju.

Najib berkata demikian pada prosiding bela diri yang kini dijalankan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan bersambung Isnin ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya