Jangan biarkan bandar Benut dipenuhi sampah

Jangan biarkan bandar Benut dipenuhi sampah

TEMPAT pembuangan sampah yang diwujudkan oleh penduduk di Jalan Sepah Beruang, Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan negeri, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan sampah secara haram di pinggir bandar Benut, dekat sini.

Bekas Senator, Datuk Isa Ab. Hamid mengakui sering menerima keluhan dan rungutan daripada penduduk, terutamanya yang tinggal di luar kawasan bercukai PBT di mana mereka boleh membuang sampah.

Ini kerana tiada tong sampah besar disediakan oleh pihak berkaitan di bandar Benut yang menyebabkan mereka tiada pilihan, selain membuangnya di tepi jalan dan kawasan kebun.

“Mereka ini merupakan penduduk yang tinggal di taman perumahan yang kecil, rumah kediaman di tanah-tanah lot dan rumah yang tiada kawasan untuk membakar atau menimbus sampah.

“Mereka tiada pilihan, terpaksa membuang sampah dengan menjadikan bahu-bahu jalan dan kebun-kebun terbiar tempat pembuangan sampah secara haram sebagai pilihan terakhir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini tular dalam media sosial tentang rungutan seorang penduduk yang tidak tahu di mana hendak membuang sampah.

Isa berkata, penduduk bukan sengaja, namun terpaksa berbuat demikian.

“Pihak-pihak berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian dan tidak meminggirkan golongan tersebut yang dituduh tidak bertanggungjawab dan hanya mengambil jalan singkat,” katanya.

Katanya, disebabkan tiada tong sampah besar, penduduk mengambil inisiatif mewujudkan tempat pembuangan sampah di Jalan Sepah Beruang dengan memasang pagar bagi mengelakkan sampah bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berharap masalah itu mendapat perhatian dan diselesaikan segera oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya