Jabatan Penjara sahkan berlaku provokasi di Penjara Taiping - Utusan Malaysia

Jabatan Penjara sahkan berlaku provokasi di Penjara Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Penjara mengesahkan berlaku insiden provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu yang mengakibatkan kematian seorang banduan.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan kejadian berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.

“Laporan polis telah dibuat berkaitan insiden tersebut dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur dalam pelaksanaan tugas,” katanya hari ini.

Dalam masa sama, jabatan berkenaan menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung insiden tersebut.

Terdahulu, polis merekodkan keterangan 82 individu termasuk dua pegawai penjara susulan dakwaan kes puluhan banduan di Penjara Taiping dipukul dan dibelasah hingga mengakibatkan seorang banduan mati.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, baki 80 lagi yang dirakam keterangan membabitkan banduan serta tahanan di penjara berkenaan.

Beliau turut mengesahkan pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian termasuk laporan polis pada 17 Januari lalu.

Katanya, kes itu mulanya disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping dan sudah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya