GAZA: Tentera Israel bersedia untuk berundur dari Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Gaza-Mesir, sebaik sahaja perjanjian damai dan pembebasan tebusan dimeterai. Menurut penyiar awam Israel, KAN, pasukan rejim mula bersiap sedia untuk berundur dari sempadan Palestin di persimpangan Rafah, sementara menunggu penyelesaian perjanjian itu. “Mesyuarat dan penilaian situasi diadakan pasukan selatan tentera Israel sejak 24 jam lalu sebagai persediaan untuk berundur secara beransur-ansur dari Gaza apabila perjanjian gencatan senjata mula berkuat kuasa. “Pengunduran Israel dari Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Gaza-Mesir diselaraskan dengan pegawai keselamatan Israel, Mesir dan Amerika Syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya