Inovasi sambal bilis garing tahan hingga enam bulan - Utusan Malaysia

Inovasi sambal bilis garing tahan hingga enam bulan

NIK Atasya Nik Dir menunjukkan sambal garing yang dijual di kedainya di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang peniaga dari Kampung Tempinis, di sini melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun bagi menginovasi resepi sambal bilis garing yang mengikut selera masyarakat dan mampu bertahan antara tiga hingga enam bulan.

Nik Atasya Nik Dir, 28, berkata, produk itu adalah seratus peratus dibuatnya sendiri menggunakan bahan-bahan seperti kacang tanah, ikan bilis, kentang, bawang putih, bawang merah dan cili kering.

“Kesemua bahan-bahan ini digoreng secara berasingan mengikut tempoh yang ditetapkan sebelum digaul bersama sambal yang mana kita juga memastikan bahan-bahan tersebut kering tanpa campuran air bagi memastikan ia tetap rangup walaupun walaupun dalam jangka masa panjang.

“Ia boleh disimpan lama sehingga tiga ke enam bulan yang mana teksturnya masih tetap segar seperti baru dimasak, ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Nik Atasya, sambal garing tersebut dijual pada harga RM15 bagi satu pek mengandungi 250 gram dan dia mampu menghasilkan kira-kira 300 pek sebulan dengan menjana pendapatan lebih RM5,000.

Katanya, selain menempatkan sambal garing di pasar raya di sekitar daerah ini, dia mempunyai ejen jualan yang membantu mempromosi dan mengiklankan produknya.

Malah, katanya, makanan siap makan itu menjadi pilihan pelanggan yang mahu melancong ke luar negara mahupun bagi mereka yang berhijrah ke luar dan merindukan ‘masakan Malaysia’ .

“Saya mempunyai pelanggan tetap yang menetap di Australia dan sering menempah serta membeli sambal garing ini untuk di bawa balik ke sana sekiranya dia pulang ke Malaysia.

“Selain itu, saya menerima tempahan daripada pelanggan yang ingin membawa sambal garing siap makan ini untuk dibawa ketika mengerjakan ibadah umrah di Mekah sebagai bekalan makan segera,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya