Ikan ‘ori’ Sungai Pahang makin pupus - Utusan Malaysia

Ikan ‘ori’ Sungai Pahang makin pupus

IKAN tamalian merupakan ikan asli atau 'ori' Sungai Pahang yang mendapat permintaan tinggi peminat tegar ikan air tawar, namun kewujudan ikan eksotik itu kini semakin pupus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Ikan asli atau ‘ori’ Sungai Pahang di sini semakin diancam kepupusan sejak lima tahun kebelakangan ini disebabkan faktor persekitaran dan kerakusan manusia yang tamak menangkap menyalahi moral serta undang-undang.

Antara ikan ‘ori’ tersebut adalah tamalian atau temoleh, tapah, jelawat, kerai, bergohak, tenggalan, kelah dan pelbagai spesies ikan patin.

Peniaga yang juga nelayan darat, Yusof Sulaiman, 50, berkata, sepanjang tahun lalu, hanya empat ekor tamalian, tiga ekor tapah dan lima ekor pelbagai spesies eksotik dijual di pasar Jerantut hasil tangkapan nelayan Sungai daerah ini.

“Pasar besar Jerantut kekal menjadi medan para penggemar mendapatkan bekalan ikan eksotik asli dari Sungai Pahang seperti tamalian, tapah, baung sdan kerai walaupun bekalannya semakin berkurangan sejak lima tahun ini.

“Sebagai contoh minggu lalu, seekor ikan tamalian seberat lebih 30 kilogram yang didaratkan nelayan sungai di Jerantut Feri dijual RM70 sekilogram. Dalam tempoh setengah jam sahaja ikan ini habis dijual kepada pelanggan.

“Kini, tangkapan ikan asli atau ‘ori’ sungai Pahang bergantung kepada nasib dan hari-hari tertentu sahaja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pasar Jerantut, di sini semalam.

Yusof yang berniaga ikan asli Sungai Pahang lebih 10 tahun berkata, ikan tamalian adalah spesies yang dilindungi dan dilarang sebarang aktiviti tangkapan pada Januari hingga April.

“Tempoh itu adalah musim ikan tamalian bertelur dan berada di kawasan air cetek secara berpasangan serta mudah ditangkap. Ikan itu boleh mencapai berat 60 kilogram,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya