JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan mati dalam kereta BMW miliknya di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa ditemukan mati dalam keadaan tragis kira-kira pukul 9.30 malam. Katanya, mangsa berusia 42 tahun dan anak bongsu berusia 14 tahun itu dipercayai mati akibat terhidu gas dalam kereta ketika enjinnya masih hidup. “Polis mendapat laporan mengenai kejadian pada pukul 10 malam dan mendapati mangsa bersama anak lelakinya mati dalam kereta BMW. Siasatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya