Hujan lebat punca tanah runtuh di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Hujan lebat punca tanah runtuh di Cameron Highlands

KEJADIAN tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang 3 Blue Valley kira-kira pukul 3.15 pagi tadi menyebabkan laluan terhalang. - FOTO IHSAN APM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang 3 Blue Valley dekat sini pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu menyebabkan laluan jalan terhalang.

“Kerja-kerja pembersihan dan usaha mengalihkan runtuhan tanah giat dijalankan. Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan pada rumah berlaku dalam kejadian itu, “katanya di sini hari ini.

Tambah sekretariat itu, laluan utama dari arah Simpang Pulai dan Lojing ke Cameron Highlands terhalang kedua-dua arah.

“Laluan alternatif adalah melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis Dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands. Pemantauan berterusan dilakukan sebagai langkah persediaan awal untuk sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN