JELI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi pemudah cara kepada peserta yang menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur esok sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, para peserta turut diingatkan supaya tidak membawa senjata tajam sepanjang menyertai perhimpunan tersebut termasuk kanak-kanak.
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara bagi membincangkan perkara tersebut termasuk Ketua Polis Negara.
“Negara kita (Malaysia) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjelaskan peranan peserta himpunan, penganjur dan juga pihak Polis. Saya sudah bercakap dengan Peguam Negara esok pihak polis akan pemudah cara.
“Situasi itu sama berbeza dengan tuduhan mengatakan sekatan diberikan. Yang kita (Kementerian Dalam Negeri) sebut adalah tengok balik. Peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman, apa maksud peserta perhimpunan? apa maksud penganjur, tugas penganjur dan juga pasukan polis,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Penyerahan Projek Bangunan Baharu Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di sini hari ini.
Saifuddin Nasution memberitahu, beliau telah memberikan penerangan kepada anggota kabinet dan kesemua bersetuju dengan cadangan telah dibentangkan.
Katanya, kebenaran itu jelas memperlihatkan kerajaan yang ada hari ini sentiasa menghormati kebebasan berhimpun sebagaimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada setiap rakyat Malaysia.
Media melaporkan, Kerajaan tidak menghalang orang ramai menganjurkan perhimpunan antirasuah dengan syarat mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, beliau tiada bantahan terhadap perhimpunan aman menentang rasuah yang bakal berlangsung di ibu kota esok.-UTUSAN