Henti polemik isu sorok Titah Adendum-Fahmi

Henti polemik isu sorok Titah Adendum-Fahmi

FAHMI Fadzil (tiga kiri) menyerahkan sumbangan bantuan banjir kepada Komuniti Madani yang terjejas di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Semua pihak diminta supaya tidak terus menjadikan dakwaan Kerajaan Perpaduan menyorokkan Titah Adendum sebagai bahan polemik kerana perkara tersebut telah dijelaskan secara terperinci oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, tindakan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan semula isu tidak sepatutnya berlaku kerana penjelasan telah dibuat.

“Berpandukan kepada penjelasan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri semasa di Pulau Pinang lalu, saya rasa beliau (Tengku Razaleigh) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu.

“Kerajaan tidak pernah lihat Titah Adendum dan kami tidak pernah menyorokkan perkara itu. Perdana Menteri sendiri telah jelaskan beliau tidak pernah terima dan dokumen tersebut berada di Istana Negara,” katanya kepada pemberita semasa mengulas kenyataan 

Tengku Razaleigh atau Ku Li bahawa Anwar dan barisan kabinet yang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu meletak jawatan selepas dakwaan menyorok perintah titah Adendum oleh Yang Dipertuan Agong.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Komunikasi merasmikan Program Ihsan Komuniti Madani di Kampung Baru Nelayan di sini hari ini.

Fahmi memberitahu, Tengku Razaleigh sepatutnya memahami penjelasan yang telah diberikan Perdana Menteri sebelum ini.

Katanya, beliau percaya jika Tengku Razaleigh mendengar penjelasan yang dibuat kerajaan tokoh berkenaan tidak akan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Ku Li membuat kenyataan bahawa Anwar dan barisan kabinet yang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu meletak jawatan.

Dakwanya, selepas dakwaan menyorok perintah titah Adendum oleh Yang Dipertuan Agong.

Ku Li berkata, tindakan itu dilihat jelas melanggar titah diraja dibawah perlembagaan dan ia bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Menurutnya, tindakan melibatkan etika dalam politik yang boleh membawa kepada pertukaran kerajaan dan memberi kesan terhadap ekonomi negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya