NAYPYIDAW: Kerajaan junta Myanmar akan membebaskan hampir 6,000 banduan, sebagai sebahagian daripada pengampunan tahunan sempena hari kemerdekaan negara itu. Tentera menangkap beribu-ribu penunjuk perasaan dan aktivis sejak rampasan kuasa pada Februari 2021 dan menjerumuskan negara ke dalam pergolakan. Junta dalam kenyataan semalam memaklumkan, 5,864 banduan, termasuk 180 warga asing, akan dibebaskan sempena kemerdekaan ke-77 Myanmar daripada penjajahan British. Bagaimanapun, ia tidak memberikan butiran mengenai kesalahan banduan atau kewarganegaraan tahanan asing yang akan dihantar pulang selepas dibebaskan. Tentera mendakwa, pengampunan itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Junta turut mengumumkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya