Hakisan sungai resahkan penduduk

Hakisan sungai resahkan penduduk

YAHYA Ahmad menunjukkan jalan yang runtuh akibat hakisan sungai di Kampung Baru Seberang Binjai, Setiu, Terengganu. – UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Penduduk Kampung Baru Seberang Binjai di sini, menggesa pihak berwajib segera menyelesaikan masalah hakisan tebing Sungai Guntung yang menyebabkan sebahagian jalan raya menghubungkan kampung itu dan Kampung Guntung Luar runtuh.

Yahya Ahmad, 58, berkata, keadaan hakisan tebing menjadi semakin buruk ketika dilanda banjir fasa kedua hujung Oktober tahun lalu.

“Papan tanda sudah diletakkan di kawasan jalan yang runtuh dan bahagian kaki lima sebelah kiri jalan ditambun batu sebagai lencongan jalan sementara,” katanya ketika ditemui Kampung Baru Seberang Binjai, semalam.

Menurut Yahya, hakisan tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan itu dan dikhuatiri menyebabkan kemalangan ekoran keadaan laluan berkenaan agak gelap pada sebelah malam.

Katanya, keadaan hakisan tebing sungai itu berlarutan sejak lima tahun lalu dan kini merebak hingga 300 meter.

“Dulu sungai ini sempit sahaja tetapi hakisan mengakibatkannya keluasannya bertambah sehingga ke kebun penduduk berdekatan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Azizah Yusoff, 53, berkata, hakisan itu menyebabkan dia dan suaminya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit selepas 0.2 hektar tanahnya berdekatan sungai runtuh secara bertahap.

“Runtuhan itu telah menyebabkan pokok-pokok kelapa sawit yang ditanam di kawasan berdekatan terbalik dan hanyut dibawa arus. Kebanyakan pokok ini telah mengeluarkan hasil.

“Kami berharap pihak berkaitan dapat tampil dan mencari jalan penyelesaian yang lebih produktif dalam menangani isu hakisan sungai yang membelenggu penduduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya