WASHINGTON: Mahkamah menetapkan 10 Januari sebagai tarikh hukuman kes Donald Trump melibatkan bayaran wang sogokan kepada seorang pelakon lucah, Stormy Daniels. Tarikh jatuh hukum itu dijadualkan 10 hari sebelum Trump mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, mahkamah dijangka tidak akan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Trump. Hakim New York, Juan Merchan berkata, Trump perlu hadir secara fizikal atau maya untuk pendengaran pada tarikh berkenaan. Dalam keputusan setebal 18 muka surat, Merchan mengekalkan sabitan Trump oleh juri New York, sekali gus menolak pelbagai usul daripada peguamnya yang berusaha membatalkan keputusan tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya