Gadis hidap kanser darah perlu dana rawatan RM64,640 - Utusan Malaysia

Gadis hidap kanser darah perlu dana rawatan RM64,640

ANIS Humairah (dua dari kanan) bersama Chua Sui Hau (kanan) ketika datang ke pejabat One Hope Charity and Welfare di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang gadis berusia 14 tahun yang kini sedang berjuang melawan kanser darah memerlukan bantuan daripada orang ramai untuk mengumpul dana sebanyak RM64,640 bagi membolehkan dia menjalani rawatan susulan.

Bantuan itu terpaksa diminta kerana keluarga remaja perempuan tersebut iaitu Anis Humairah Ahmad Ikhwan yang berasal dari Shah Alam, Selangor hanya mampu mengeluarkan belanja sebanyak RM20,000 yang diambil daripada wang simpanan bagi tujuan berkenaan.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, terdahulu, Anis Humairah telah disahkan menghidap penyakit Leukemia Promielositik Akut (APML) selepas menunjukkan simptom penyakit terbabit sejak Ogos lalu.

Katanya, gadis itu bukan sahaja mengalami lebam di bahagian tangan dan kaki, malah, turut berdarah pada bahagian mulut setiap kali bangun pagi yang disangkanya sebagai pendarahan gusi biasa sahaja.

“Keadaan ini berterusan sehingga menimbulkan kebimbangan. Jadi, ibunya kemudian membawa Anis Humairah ke klinik pergigian dan klinik swasta (untuk mendapatkan rawatan) sebelum mendapati jumlah platelet darahnya turun mendadak.

“Selepas ujian sumsum tulang dijalankan di hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser darah, doktor segera memulakan rawatan kemoterapi secara berperingkat selain mencadangkan ubat kemoterapi oral sebagai rawatan tambahan untuk gadis tersebut,” katanya di sini, semalam.

Menurut Sui Hau, doktor memaklumkan bahawa penyakit kanser darah yang dihidapi oleh Anis Humairah jarang sekali berlaku, tetapi mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi iaitu sehingga 90 peratus.

“Rawatan penyakit ini menyebabkan Anis Humairah yang suka membaca terutama buku sejarah, tidak dapat ke sekolah dan hanya mampu belajar sendiri di rumah.

“Selepas beberapa sesi kemoterapi dijalankan, ubat yang diguna menunjukkan keberkesanan dalam mengawal sel kan­ser dan perlu diteruskan. Dia hanya mengalami kesan sam­pingan biasa seperti rambut gugur, sakit belakang, cirit-birit dan osteoporosis yang memerlukan pemakanan tambahan,”katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya