Facebook lubuk penipuan scam, libatkan kerugian RM500 juta

Facebook lubuk penipuan scam, libatkan kerugian RM500 juta

FAHMI Fadzil (dua kiri) semasa menghadiri Program Ihsan Komuniti Madani di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penjenayah siber menjadikan laman sosial Facebook sebagai ‘lubuk’ untuk memperdayakan mangsa menerusi kegiatan penipuan (scam) sehingga merekodkan kerugian berjumlah RM500 juta sepanjang tahun 2023 lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal ini kerana penjenayah siber melihat kebanyakan mangsa mudah ditipu menerusi laman sosial tersebut.

“Kerugian RM500 juta itu hanya di Facebook sahaja dan secara keseluruhan jumlahnya jauh lebih besar. Selain Facebook, aplikasi WhatsApp, Telegram dan TikTok turut dijadikan sebagai sasaran oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdapat sebanyak hampir 14 bentuk penipuan di media sosial termasuk secara panggilan dan bersemuka,” katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas Program Ihsan Komuniti Madani di Kampung Baru Nelayan di sini hari ini.

Fahmi memberitahu, semua pihak perlu berhati-hati sekiranya menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan berkomunikasi di media sosial bagi menggelakan mereka menjadi mangsa ‘scam’.

Katanya, Kementerian Komunikasi akan mohon untuk mengadakan kempen kesedaran penipuan di media sosial yang dimulakan di peringkat sekolah terutamanya melibatkan ibu bapa, guru dan murid-murid.

“Menerusi kempen yang akan dijalankan tidak lama lagi, kita akan mengingatkan bahawa remaja berusia bawah 13 tahun agar jangan membuka akaun media sosial.

“Bagi 13 tahun ke atas pula, kempen itu akan membantu mereka untuk memanfaatkan media sosial dengan selamat untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam selain memastikan data peribadi kekal selamat, ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya