Dua tahun terbengkalai, bila nak siap pasang? - Utusan Malaysia

Dua tahun terbengkalai, bila nak siap pasang?

SALURAN paip yang terbengkalai pemasangannya di beberapa taman perumahan di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kerja-kerja penggantian paip lama dari saluran utama ke meter rumah di beberapa taman perumahan di bandar ini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu mendatangkan rasa tidak selesa kepada penduduk.

Ia malah menimbulkan persoalan sama ada kerja-kerja berkenaan akan diteruskan atau tidak.

Seorang penduduk, Rahimi Mohamad, 35, berkata, saluran paip berwarna biru itu bukan hanya mengganggu laluan orang ramai malah ada antaranya dipenuhi tanah kerana terlalu lama terbiar.
Tambahnya, kewujudan saluran yang tidak siap disambungkan ke meter air di setiap rumah di taman perumahan terlibat turut menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing kerana bimbang ia rosak akibat tekanan berat sesebuah kenderaan.

“Ada penghuni yang menyambung sendiri saluran itu ke meter rumah mereka. Soalnya, adakah kami boleh menyambung sendiri saluran itu dan siapa pula akan menanggung kosnya?

“Kami justeru berharap pihak berkaitan dapat memberikan jawapan bagi memudahkan penyelesaian kerja-kerja yang terggendala ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, Jasni Roslan, 55, berkata, penggantian paip lama ke meter itu juga tidak dilakukan ke semua taman perumahan dan hanya terpasang di sebahagian kawasan penduduk di kawasan Batu 4.

Katanya, jika kerja pemasangan paip baharu itu akan disambung semula diharapkan dapat dilakukan segera sebelum saluran itu rosak dan secara tidak langsung membazir kos serta tenaga ketika pemasangan dilakukan.

“Jika tidak diteruskan, disarankan saluran paip itu dibuang daripada terus terbiar dan secara tidak langsung memudahkan urusan penduduk,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya