MUAR: Dua nelayan tempatan yang hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan daerah ini ditemukan selamat oleh penduduk Bengkalis, Indonesia.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mereka daripada pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pada pukul 11 pagi semalam.
“Sebaik menerima maklumat, bot Penggalang 30 milik Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diatur gerak ke lokasi kejadian untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
“Walau bagaimanapun, pada pukul 6 petang semalam, keluarga mangsa telah
menghubungi pihak polis dan memaklumkan bahawa mangsa telah ditemukan selamat di perairan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mangsa, Asamadi Omar, 55, dan Zulkefli Mad, 46, memberitahu, bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin dan hanyut sehingga ke perairan negara jiran itu.
Kedua-dua mangsa kini dalam proses untuk dibawa pulang. – UTUSAN