Dua beradik mangsa kebakaran terima bantuan Econsave

Dua beradik mangsa kebakaran terima bantuan Econsave

Pengurus Cawangan Econsave Taman Teratai Azian Mohd Yusof (dua dari kanan) membantu Mohamad Lutfi Muqri Mohamad Farok dan Mohamad Akmal Muqri membeli pakaian sekolah di Econsave Taman Teratai, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik mangsa kebakaran bersyukur dan gembira apabila menerima sumbangan dan bantuan daripada pasar raya Econsave, Taman Teratai di sini.

Mohamad Lutfi Muqri Mohamad Farok 18, yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan abangnya Mohamad Akmal Muqri, 20, yang bakal menduduki STPM pada Selasa terharu dengan bantuan yang diterima.

Kebakaran yang berlaku di rumahnya di Kampung Sri Jaya, Skudai pada pukul 9.20 malam 3 Januari lalu memusnahkan hampir keseluruhan rumah.

Pelajar SMK Bandar Uda Utama Mohamad Lufti berkata, dia mula bersemangat apabila ada pihak yang sudi membantunya sekeluarga membeli keperluan sekolah yang hangus terbakar dan juga keperluan barangan dapur.

“Alhamdulillah dan rasa gembira dengan sumbangan dari pihak Econsave, saya rasa bersemangat semula untuk mengambil SPM pada hari esok (hari ini).

“Sumbangan ini dapat mengubat rasa duka setelah segala peralatan sekolah untuk peperiksaan musnah terbakar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pasaraya Econsave Taman Teratai.

Bakal calon STPM, Mohamad Akmal Muqrimenyifatkan bantuan yang diterima menyuntik semangatnya untuk berusaha mendapatkan keputusan terbaik dalam peperiksaan yang bermula pada Selasa ini.

Dia yang bersekolah di SMK Aminuddin Baki terharu dengan sumbangan yang diterima tetapi sedih kerana segala keperluan peperiksaan termasuk komputer riba, nota peperiksaan serta alat tulis habis terbakar.

“Terima kasih dan bersyukur kepada pihak Econsave kerana bantuan yang diberi sekurang-kurangnya saya bersama adik yang mengambil SPM akan lebih bersemangat,” katanya.

Pengurus Cawangan Econsave Taman Teratai, Azian Mohd Yusof berkata, ini merupakan tanggungjawap sosial pihak Econsave yang sentiasa membantu mereka ketika ditimpa musibah.

Menurut Azian, pihak Econsave berbesar hati membantu keluarga ini yang ditimpa musibah kebakaran rumah dan menyalurkan seberapa cepat bantuan kerana terdapat Dua beradik yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM.

“Kita tidak mahu mereka berduka, justeru kita bantu mereka sekeluarga membeli keperluan sekolah serta keperluan berupa barangan dapur.

“Pihak Econsave memperuntukkan sebanyak RM1500 bagi membeli keperluan yang perlu bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya