WASHINGTON: Doktor terkemuka Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya minuman beralkohol diberi label amaran risiko sama seperti rokok, selepas penyelidikan baharu mengaitkan penggunaannya dengan tujuh jenis kanser. Ketua Pakar Bedah AS, Vivek Murthy berkata, majoriti rakyat Amerika tidak menyedari risiko itu, yang menyebabkan kira-kira 100,000 kes kanser dan 20,000 kematian setiap tahun di negara tersebut. Perubahan label amaran sedia ada, yang tidak dikemas kini sejak 1988, memerlukan tindakan Kongres. Murthy menggesa penilaian semula had yang disyorkan untuk pengambilan alkohol dan meningkatkan usaha pendidikan mengenai arak serta kanser. Beliau yang merupakan jurucakap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya