Dobi layan diri di kawasan pelancongan dapat sambutan - Utusan Malaysia

Dobi layan diri di kawasan pelancongan dapat sambutan

PENDUDUK menunjukkan dobi layan diri di kampung mereka yang terkenal sebagai kawasan eko-pelancongan berkaitan sungai di Kampung Gunung Mesah Hilir di Gopeng. Perak – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG: Penduduk Kampung Gunung Mesah Hilir di sini mewujudkan sebuah dobi layan diri di kawasan kampung mereka yang terkenal sebagai kawasan eko-pelancongan dengan banyak resort yang menawarkan tarikan aktiviti lasak berkaitan sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gunung Mesah Hilir, Irwan Mohd Hashim berkata, peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani sebanyak RM100,000 dimanfaatkan sepenuhnya di dobi layan diri yang setakat ini mempunyai tiga mesin pengering dan tiga mesin basuh.

“Cuaca tidak menentu dengan kekerapan hujan sekarang menyebabkan ramai pelanggan dari Gopeng sendiri yang memilih dobi ini terutama penghuni resort sekitar sini untuk membasuh pakaian mereka.

“Bagi pengusaha resort pula, mereka mula menghantar kain cadar, selimut dan tuala ke sini kerana lebih dekat berbanding ke bandar berdekatan yang jaraknya agak jauh,” katanya di sini semalam.

Katanya, kedudukan dobi yang berdekatan dengan jalan utama itu menyebabkan ia menjadi kawasan tumpuan selain terletak di kawasan kampung yang tidak sibuk dan menenangkan.

Tambah beliau, purata nilai pendapatan dobi itu kira-kira RM2,000 sebulan yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung itu sendiri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya