HONG KONG: China mengesan strain mutasi baharu Mpox clade Ib, ketika jangkitan virus itu merebak ke lebih banyak negara selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan kesihatan awam global pada 2023. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China berkata, ia menemukan satu kluster wabak subclade Ib, bermula dengan jangkitan seorang warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan dan tinggal di Republik Demokratik Congo (DRC). Empat lagi kes dikesan dalam kalangan individu yang dikenalpasti sebagai kontak rapat warga asing terbabit. Gejala yang dialami oleh pesakit adalah ringan, termasuk ruam kulit serta lepuh. Mpox…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya