Burung hereng sesat jatuh di jejambat i-City

Burung hereng sesat jatuh di jejambat i-City

Burung hereng
BURUNG hereng yang ditemukan atas jalan di jejambat berdekatan pusat beli belah di i-City, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seekor burung hereng tersesat diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di jejambat berdekatan pusat beli belah di i-City di sini, semalam.

Haiwan itu ditemukan dalam keadaan lemah di atas jalan berkenaan, kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam, kira-kira pukul 11 pagi dan berjaya menangkap burung tersebut.

“Pemeriksaan mendapati burung itu adalah spesies hereng atau ‘Vulture’ yang dikategorikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN).

“Ia adalah spesies yang tidak diklasifikasikan sebagai terancam, namun berisiko jika tekanan terhadap populasinya berterusan atau bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati burung itu tersesat selepas dipercayai tersasar dari laluan terbangnya.

“Haiwan itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut. Insiden seumpama itu pernah direkodkan melibatkan spesies burung sama di negara ini,” ujarnya.

Kata Wan Mohd. Adib lagi, burung hereng kebanyakannya hidup di kawasan tinggi pergunungan Himalaya dan Dataran Tinggi Tibet.

“Ia tersebar dari Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, dan Iran hingga ke Pakistan, India, Nepal, Bhutan, barat China, dan Mongolia.

“Burung hereng berada dalam kawasan flyway Asia Tengah (Central Asian Flyway) yang merangkumi laluan migrasi burung yang bergerak dari Asia Tengah, pergunungan Himalaya, hingga ke Asia Selatan dan Asia Tenggara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya