Buruh mengaku tidak bersalah pukul, tendang anak serta bayi

Buruh mengaku tidak bersalah pukul, tendang anak serta bayi

TERTUDUH (dua dari kiri) semasa menghadiri pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menganiaya anak perempuannya dengan cara memukul dan menendang bayi berusia setahun 8 bulan pada tahun lalu.

Tertuduh, Noor Hakimie Nadzir Hamdan Mohamad Akhir, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya anak perempuannya yang berusia setahun lapan bulan ketika kejadian dengan cara memukul dan menendang pada bahagian kepala, kaki termasuk pinggang bayi itu.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Telok Mesira, Bachok dekat sini kira-kira pukul 12.54 tengah hari hingga 2.11 petang pada 30 Mac dan 13 Jun 2024.

Noor Hakimie didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al Basysyar dan M. Taufikrullah Rusli.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius selain melibatkan hubungan bapa dan anak kandung.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya