Buruh mengaku tidak bersalah atas tuduhan cabul

Buruh mengaku tidak bersalah atas tuduhan cabul

TERTUDUH (dua dari kanan) diringi polis semasa menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSLAWANI CHE SOH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul, menunjukkan isyarat dan mengatakan perkataan bagi maksud seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki di kawasan tali air di Bachok kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Saidi Abd. Rahman, 49, membuat pengakuan tidak bersalah itu hadapan Hakim Zulkifli Abllah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun 10 bulan.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Saidi dituduh menunjukkan isyarat dan mengatakan perkataan dengan maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Saidi dituduh mengikut Seksyen 15 (a) (i) akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan berdekatan tali air di Padang Jembal, Tawang di Bachok dekat sini kira-kira pukul 9 pagi pada 10 dan 11 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 untuk kedua-dua pertuduhan, namun Nik Saiful Adli memohon ikat jamin yang rendah diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan selain menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya