Buli bukan punca kematian Dr Tan Tien Yaa

Buli bukan punca kematian Dr Tan Tien Yaa

DR TAY TIEN YAA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah, Dr Tay Tien Yaa pada Ogos tahun lalu, bukan disebabkan menjadi mangsa buli atau dizalimi.

Hasil itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian pakar patologi berkenaan, Tan Sri Borhan Dollah, semalam.

Menurutnya, tiada bukti menunjukkan Tien Ya menanggung beban kerja di luar skop atau permohonan pertukaran ke Semenanjung Malaysia diabaikan.

Katanya, jawatankuasa bebas itu sudah menyemak 41 dokumen, termasuk gambar dan video, dalam inkuirinya terhadap kematian doktor tersebut.

Pada 16 September lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan terperinci dilakukan berhubung dakwaan kematian seorang doktor pakar di Hospital Lahad Datu, Sabah disebabkan bunuh diri akibat dibuli.

Pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah itu meninggal dunia pada 29 Ogos lalu. Adiknya mendakwa buli mungkin antara faktor menyebabkan kematian kakaknya.

Ia mendorong Persatuan Perubatan Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Sabah mempercepatkan siasatan me­nyeluruh terhadap kematian Tien Ya kerana bimbang kesihatan mental dan kesejahteraan doktor dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata pihaknya mengetahui dakwaan di media sosial daripada ahli keluarga mendiang bahawa mangsa dipercayai membunuh diri kerana dibuli.

Dzulbaharin memaklumkan, polis menunggu laporan daripada Jabatan Kimia sebelum memajukan kes berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya