Budak lelaki 7 tahun maut dipercayai didera ibu, teman lelaki - Utusan Malaysia

Budak lelaki 7 tahun maut dipercayai didera ibu, teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai menjadi mangsa dera ibunya dan teman lelaki dalam kejadian di di Taman Bukit Ampang, dekat sini, semalam.

Malah, kanak-kanak itu dibiarkan demam tanpa rawatan sehingga sawan selain dipukul dengan rotan.

Menurut sumber, ibu mangsa berusia 25 tahun pada mulanya menghubungi polis memaklumkan anaknya itu tidak sedarkan diri di rumahnya petang semalam.

“Polis yang tiba mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan suspek memberitahu anaknya itu diserang sawan selepas mengalami demam.

“Pemeriksaan lanjut turut menemukan kesan kecederaan sebelum mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya