Bersatu dipersilakan rampas semua kerusi PRN Sabah

Bersatu dipersilakan rampas semua kerusi PRN Sabah

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dialu-alukan untuk merampas kembali kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Timbalan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negara ini mengamalkan sistem demokrasi jadi sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk di kawasan DUN Karanaan yang dimenangi atas tiket Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Katanya, mereka mengalu-alukan dengan penuh senang hati sekiranya Bersatu merasakan mempunyai peluang untuk mengambil alih semula kerusi-kerusi tersebut.

“Kalau mereka rasa selesa dan ada peluang dipersilakan. Kita tiada halangan lagipun ini cuma pertandingan pada pilihan raya, bukan bertanding untuk bertumbuk antara satu sama lain.

“Kita di Sabah tidak melihat saingan politik sebagai sesuatu yang peribadi. Kita boleh berbeza amalan politik tapi, budaya kita tidak pernah mengutuk orang lain,” katanya ketika menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina Kumpulan Affin, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat Bersatu untuk kembali merampas 11 kerusi DUN yang dimenangi di bawah tiket Bersatu pada PRN lalu.

Kesemua 11 kerusi itu kini menjadi milik Gagasan Rakyat selepas kesemua ADUN Bersatu memutuskan keluar daripada parti pada Disember 2022 dan kemudiannya menyertai Gagasan Rakyat pada Februari 2023.

Masidi berkata, politik di Sabah mempraktikkan politik berhemah dan secara persahabatan. Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan semua keputusan kepada pengundi.

“Apabila saya bercakap ini seolah-olah saya terlebih yakin atau riak tapi, setakat yang saya terima respon ketika saya balik kampung setiap minggu, saya dapat melihat rakyat masih menyokong kita,” katanya.

Pada Khamis lalu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan hasrat bertanding lebih 18 kerusi pada PRN17 termasuk kerusi DUN milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebelum ini dimenangi atas tiket Bersatu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya