MARAN: Tujuh pasangan peneroka Felda Melati Jengka Sebelas di sini, bersanding semula sempena program Kenduri Sekampung yang menggamit kembali kenangan indah disatukan dan kali ini lebih manis disaksikan anak serta cucu-cucu masing-masing. Syarat penyertaan adalah mesti pasangan asal yang mula-mula menjadi peneroka Felda Jengka Sebelas dan bersama-sama membanting tulang sebagai peneroka akhir tahun 1970-an. Majlis di Dewan Semai Bakti Felda Melati Teratai Jengka Sebelas anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 21 dengan kerjasama Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Saiditu berlangsung meriah termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya