Berjaga malam bimbang ancaman gajah - Utusan Malaysia

Berjaga malam bimbang ancaman gajah

SEBUAH rumah yang dihampiri kawanan gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kira-kira 300 penduduk Orang Asli etnik Semai di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di sini tidak dapat melelapkan mata berikutan tiga ekor gajah liar menghampiri tanaman dan rumah mereka sejak Sabtu lalu.

Penduduk Kampung Simoi Baru, Amil Kapit berkata, sudah tiga malam berturut-turut penduduk tidak dapat tidur kerana terpaksa berjaga sehingga menjelang pagi kerana bimbang kawanan gajah menghampiri penempatan mereka.

“Gajah ini pada mulanya menceroboh kawasan tanaman ubi kayu, pisang dan kelapa muda untuk mendapatkan makanan dan merosakkan tanaman getah muda dengan meragut pucuk muda di kebun berdekatan.

“Kami berjaga malam untuk keselamatan keluarga dan ha­nya mampu menghalau haiwan ini dari jarak jauh terma­suk menyalakan unggun api,” katanya di Kampung Simoi Baru di sini.

Menurut Amil, kejadian itu kerap berlaku sepanjang tahun kerana gajah liar itu cuma ber­ada di hutan berdekatan dan merayau mencari makanan sehingga menghampiri penempatan penduduk.

Seorang lagi penduduk, Sakina Yok Bageh, 45, berkata, kawanan tiga ekor gajah itu turut merosakkan beberapa buah rumah berdekatan kebun tanaman.

“Peralatan dapur dan pakaian rosak digeledah gajah. Mujurlah ketika kejadian kami pulang ke rumah berdekatan.

“Saya berjaga malam hingga awal pagi bimbangkan keselamatan keluarga,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya