Beri bonus pada diri sendiri, dua bekas pengarah didenda RM100,000 setiap seorang

Beri bonus pada diri sendiri, dua bekas pengarah didenda RM100,000 setiap seorang

Menurut SSM, pembayaran bonus telah dibuat bersekali dengan pembayaran gaji pada 30 Jan 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 seorang selepas mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai bonus kepada diri sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan berkata, tertuduh Teo Tzi Sin dan Wong Poh Wah membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu bagi pertuduhan di bawah Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, kerana menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pengarah syarikat untuk manfaat diri sendiri.

Berdasarkan fakta, Tzi Sin dan Poh Wah, pengarah syarikat Sea Tackle Sdn. Bhd. didakwa menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung. 

Pembayaran bonus tersebut dibuat bersekali dengan pembayaran gaji mereka pada 30 Januari 2018.

Sebelum ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, namun pada 13 Disember 2024, kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah sebelum Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan pembacaan fakta kes dan hukuman pada 20 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didenda sebanyak RM100,000 setiap seorang dan jika gagal bayar, dipenjara enam bulan. Kedua-dua tertuduh menjelaskan bayaran tersebut selepas prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Nurul ‘Ain Shafie dan Nurul Nabila Azmi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ong Weng Li daripada Tetuan W.L Ong & Associates.

“SSM memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya