Beri 30 peratus diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina – YPNM - Utusan Malaysia

Beri 30 peratus diskaun tol sempena cuti Tahun Baharu Cina – YPNM

MOHD. FIRDAUS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya digesa memberikan diskaun tol sebanyak 30 peratus kepada semua pengguna jalan raya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina pada 29 dan 30 Januari ini.

Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) berpandangan, diskaun itu perlu diberikan memandangkan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya sempena cuti perayaan tersebut.

Presiden YPNM, Datuk Dr. Mohd. Firdaus Abdullah berkata, bukan sahaja masyarakat Cina malah pelbagai lapisan masyarakat akan mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman menziarahi keluarga dan melancong.

“YPNM dengan ini mendesak konsesi lebuh raya memberi diskaun tol kepada semua pengguna jalan raya pada musim perayaan Tahun Baru Cina.

“Ini tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada semua pengguna lebuh raya yang selama ini menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, YPNM juga meminta syarikat-syarikat konsesi sentiasa menjaga dan memelihara lebuh raya supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Kita juga minta syarikat konsesi memberi perkhidmatan terbaik daripada segi penambahan laluan plaza tol serta khidmat bantuan kecemasan dan keselamatan.

“YPNM juga berharap konsesi lebuh raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan turun padang memantau keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN