Bekas guru besar tidak mengaku kemuka dokumen palsu 

Bekas guru besar tidak mengaku salah 15 pertuduhan kemuka dokumen palsu 

SEORANG bekas guru besar sebuah sekolah rendah )kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan pembekalan makanan dan kontrak pembersihan bernilai RM500,000.

Zalina Bidin, 47 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan satu hingga 12, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di Merchang, dekat sini didakwa bersubahat bersama pembantu tadbir kanan dan ejen sebuah syarikat hingga menyebabkan sekolah itu menyerahkan 12 keping cek dengan nilaian keseluruhan mencecah RM500,000.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara Oktober 2022 hingga Februari 2023. Bagi 12 kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga telah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 atas kesalahan bersubahat dengan cara berpakat jenayah dengan  mengemukakan borang pengesahan bilangan pekerja dan rekod kehadiran pekerja kebersihan yang mengandungi butir matan palsu. 

Dokumen itu digunakan bagi menuntut pembayaran gaji pekerja kebersihan sedangkan pekerja tersebut tidak pernah hadir bekerja. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Maziah Mohaide. Tertuduh pula diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga perlu melapor diri di pejabat SPRM Terengganu antara 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan sehingga kes selesai.

Selain itu, tertuduh juga dikehendaki menyerahkan passport antarabangsa dan tidak dibenarkan mengganggu saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah menetapkan 17 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya