KANGAR: Seorang bayi perempuan cukup sifat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu menerusi seorang lelaki sekitar pukul 8.35 pagi.
Beliau berkata, susulan itu, bayi berkenaan yang tidak dapat dipastikan usianya juga telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
“Keadaan bayi itu juga dilaporkan stabil dan siasatan lanjut sedang dijalankan buat masa ini,” katanya.
Katanya, buat masa ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis berhubung kes itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi,” katanya. -UTUSAN