Baru tukar dah rosak, salah siapa?

Baru tukar dah rosak, salah siapa?

TIANG penahan ‘ostrich rider’ yang dipasang di Laman Komuniti Kampung Melayu, Kluang rosak dan tercabut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Walaupun baru sahaja dibaik pulih, beberapa peralatan riadah dan permainan di Laman Komuniti Kampung Melayu, di sini sudah ada yang rosak.

Keadaan itu menyebabkan penduduk yang datang untuk beriadah terpaksa berhati-hati memilih alat senaman agar tidak mendatangkan bahaya khususnya kepada kanak-kanak.

Seorang penduduk, Rohani Mohamad, 35, berkata, kawasan riada itu ditutup sementara pertengahan tahun lalu dan baru sahaja dibuka semula kepada umum bulan lalu.

Namun, dia terkejut apabila kali pertama membawa anak-anaknya ke situ dan mendapati ada peralatan senaman yang rosak.

“Dalam soal ini, siapa yang harus dipersalahkan kerana kerosakan itu dilihat bukan berpunca daripada tindakan vandalisme namun kaedah pemasangannya.

“Antara peralatan senaman rosak adalah ostrich rider yang telah tercabut bahagian ka­kinya, manakala space walker longgar hingga bergesel de­ngan tiang penyokongnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, Roslan Ali, 45, memberitahu, sejak dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) beberapa tahun lalu, sudah beberapa kali berlaku kerosakan pada peralatan senaman di laman tersebut.

Katanya, tiada kegiatan vandalisme berlaku kerana laman itu sentiasa dipenuhi orang ramai dan apabila ditu­tup, pintu masuknya berkunci.

“Untuk itu, kami berharap apabila penggantian dilakukan, biarlah dilaksanakan de­ngan baik agar dapat bertahan lama selain tidak membazir kos,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN