GUA MUSANG: Seorang bapa dan anak perempuannya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki dipercayai bertembung dengan sebuah di Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Sungai Lakit di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 4 pagi itu, kedua-dua beranak itu maut dilokasi akibat kecederaan parah.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Razani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 4.06 pagi.
Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi kejadian dan sampai di lokasi kemalangan kira-kira 45 minit kemudian.
“Apabila sampai di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza.
“Lelaki yang merupakan pemandu MPV itu tersepit di bahagian tempat duduknya dan tidak sedarkan diri. Anggota terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Razani memberitahu, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada pukul 5 pagi dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan.
Katanya, anak kepada pemandu yang berusia 15 tahun didapati telah tercampak sejauh enam meter daripada kenderaan dinaiki dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pada pukul 5.38 pagi mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
260125-Klt-Bapanaak Maut-Done Online
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang maut dalam kemalangan
di Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Sungai Lakit, Gua Musang, Kelantan awal pagi tadi.-IHSAN BOMBA
Habis.