Bantuan bulanan RM300 bukan gula-gula PRN - Armizan

Bantuan bulanan RM300 bukan gula-gula PRN – Armizan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Bantuan RM300 sebulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bukan gula-gula pilihan raya sebaliknya salah satu usaha membantu rakyat memerlukan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bantuan itu merupakan antara satu inisiatif kerajaan negeri susulan peningkatan hasil.

“Bantuan ini bukan gula-gula pilihan raya, selepas pilihan raya pun sekiranya hasil banyak, kita akan tambah lagi bantuan kepada golongan miskin tegar,” katanya selepas majlis pecah tanah Kinarut Palm City, hari ini.

Menurut Armizan, kerajaan telah melaksanakan program bantuan seperti Rumah Mesra SMJ dan bantuan pendidikan, kini memulakan program bantuan untuk golongan miskin tegar.

“Tidak pernah kerajaan negeri sebelum ini memberi bantuan bulanan kepada keluarga miskin tegar. Dengan hasil yang bertambah, diterjemahkan kepada rakyat yang akan menerima bantuan bulanan RM300 sebulan.

“Bayangkan RM300 ditambah dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah daripada kerajaan Persekutuan, biarpun belum dapat menyelesaikan semua masalah tapi, ia dapat mengurangkan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar.

Mengulas kenyataan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang mempolitikkan isu skandal rasuah, Armizan berkata, memang sudah jadi kerja pembangkang untuk buat begitu, namun yang penting GRS mahu menguatkan gabungan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Kata beliau, kerajaan GRS masih ada masa untuk membuktikan kepada rakyat Sabah, mereka adalah pilihan terbaik. 

“Kemunculan GRS adalah untuk memberi tawaran kepada rakyat dan bukannya memburukkan dan mencari salah orang,” katanya.

Armizan, yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, GRS mahu membuktikan rekod prestasi dalam tempoh lima tahun ini dapat dilihat dan dinilai oleh rakyat terutama perancangan yang dibuat dalam menyelesaikan masalah Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya