BAKU: Azerbaijan konsisten memainkan peranan dalam mempertahankan kepentingan negara-negara Islam di semua organisasi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Presidennya, Ilham Aliyev berkata, negaranya mengambil langkah konsisten untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam, termasuk memupuk rasa hormat terhadap agama Islam di Azerbaijan, menggalakkan hubungan antara agama dan menganjurkan pelbagai acara penting seperti Sukan Solidariti Islam Keempat pada 2017. Beliau turut menegaskan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang dianggotai oleh 57 negara Islam, sentiasa memberikan pandangan positif terhadap Azerbaijan. Menekankan komitmen Azerbaijan terhadap isu antarabangsa berkaitan dunia Islam, Ilham berkata, negaranya berada di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya