ASEAN platform cari penyelesaian konflik - Utusan Malaysia

ASEAN platform cari penyelesaian konflik

MOHAMAD Hasan ada sidang akhbar selepas Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN, di Langkawi, Kedah semalam.-UTUSAN/SHAHIR NORDIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: ASEAN harus dipastikan kekal sebagai platform utama mencari penyelesaian untuk menghadapi sebarang ketidakstabilan dengan menjadikan ke­sejahteraan rakyat serantau sebagai teras utama.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persoalan yang kerap diajukan ketika ini adalah tentang kepimpinan baharu Amerika Syarikat (AS) dan bagaimana ia akan membentuk dinamika rantau ASEAN.

Katanya, ia disebabkan rantau Asia Tenggara ini menjadi lokasi persaingan kuasa besar yang semakin memuncak disebabkan potensi besar yang ada pada ASEAN.

“Kedudukan geostrategik, ke­pelbagaian budaya dan kekuatan ekonomi kolektif kita. Perkara ini jelas untuk dilihat dan kita berharap pemimpin baharu ne­gara-negara rakan dialog kita akan mengambil maklum peranan penting kita mainkan, serta berinteraksi dengan kita secara diplomatik dan terbuka.

“Kita mesti memacu haluan kita sendiri ke hadapan. Secara kolektif dan sebagai ASEAN, barulah kita disegani,” katanya dalam ucaptama pada Pemukiman Menteri Luar ASEAN, semalam.

Mohamad berkata, ASEAN secara keseluruhannya merupakan kuasa ekonomi kelima terbesar dunia dengan gabungan Kelua­ran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$3.8 trilion (RM17.12 trillion) serta mempunyai populasi seramai 677 juta orang.

Katanya, ekonomi ASEAN mempunyai potensi besar untuk terus berkembang secara berte­rusan dengan terus mempromosikan perdagangan dan pelaburan serantau secara bersa­ma, sekali gus melindungi negara ahli daripada kejutan di masa depan.

“Kita juga berhadapan bencana alam akibat perubahan iklim dan kecemasan kesihatan yang dijangka berlaku lebih ke­rap. Kita mesti memastikan Asia Tenggara bersiap sedia menghadapi krisis.

“Ini membawa kita ke titik seterusnya iaitu ancaman rentas sempadan daripada perubahan iklim. Sebagai salah satu rantau yang paling terdedah, ASEAN mesti terus menanganinya bersama.

“Suara kolektif kita dalam rundingan global seperti Konvensyen Rangka Kerja PBB Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) amat penting untuk memastikan keperluan kita didengari dunia,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, gangguan global dihadapi sejak awal 2020 merangkumi pandemik, sekatan pergerakan, konflik, pemindahan besar-besaran, bencana alam, revolusi teknologi dan kejutan ekonomi.

Katanya, perkara itu adalah norma baharu yang menyerlahkan kerapuhan sistem dunia.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya