WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS), selaku penderma terbesar dunia, membekukan hampir semua bantuan asing kelmarin, kecuali bagi bantuan makanan kecemasan serta pembiayaan ketenteraan untuk Israel dan Mesir. Setiausaha Negara, Marco Rubio mengeluarkan memo dalaman beberapa hari selepas Presiden Donald Trump memegang jawatan, dengan ikrar melaksanakan dasar ‘America First’ yang mengetatkan bantuan ke luar negara. “Tiada dana baharu akan diperuntukkan bagi pembiayaan baharu atau lanjutan pembiayaan sedia ada sehingga setiap cadangan atau lanjutan disemak dan diluluskan,” menurut memo itu. Perintah menyeluruh itu dilihat menjejaskan segala sudut, daripada bantuan pembangunan hingga ketenteraan termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya