Anwar sentuh keutamaan kepengerusian ASEAN di WEF 2025

Anwar sentuh keutamaan kepengerusian ASEAN di WEF 2025

ANWAR Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucaptama bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland hari ini. - FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan ucaptama bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland hari ini.

Menurut Perdana Menteri, ucaptama yang bertajuk ASEAN-Even Stronger Together atau ASEAN – Lebih Kuat Bersama akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini.

Beliau selain itu menyentuh peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global.

“Saya dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk ASEAN-Even Stronger Together bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada jam 9 malam ini waktu Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ucaptama Perdana Menteri itu akan disiarkan secara langsung malam ini menerusi Facebook RTM dan Bernama serta siaran Awani.

Anwar kini berada di Davos, Switzerland bagi menghadiri WEF.

Kehadiran Perdana Menteri ke sidang itu sejajar dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 sekali gus akan membawa suara anggota blok ini di pentas dunia dalam pelbagai isu antaranya kecerdasan buatan, iklim, tenaga boleh baharu, transformasi digital dan pembangunan mampan.

Turut dijangka menjadi tumpuan dan agenda penting sewaktu lawatan kerja ini adalah sesi taklimat dengan media antarabangsa, Dialog Strategi Negara dan ucaptama terkait masa depan ASEAN merangkumi aspek digital, ekonomi, peranan teknologi baharu dan juga inovasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya