Anwar beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Belgium

Anwar beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Belgium

FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis minum petang dan ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium, semalam.

Majlis yang diadakan sempena lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Belgium bermula semalam, dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak serta Presiden Persatuan Malaysia di Belgium, Sarala Shambulingam.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mohd Khalid Abbasi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, terdapat kira-kira 200 rakyat Malaysia bekerja atau belajar di Belgium.

“Satu nama popular yang tidak dapat hadir ialah pemain bola sepak, Luqman Hakim Shamsudin yang mempunyai perlawanan pada malam ini (semalam),” katanya.

Luqman Hakim telah mencipta sejarah bola sepak negara apabila menandatangani kontrak dengan kelab Belgium, KV Kortrijk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya